HomeTahfiz HomeTahfiz Polisi Affiliate

Dokumen Rasmi

Polisi Program Affiliate HomeTahfiz

Sila baca, fahami, dan rujuk polisi ini sebelum menyertai atau meneruskan aktiviti affiliate.

POLISI RASMI PROGRAM AFFILIATE HOMETAHFIZ 1. PENGENALAN Program Affiliate HomeTahfiz diwujudkan bagi memberi peluang kepada individu membantu mempromosikan program MyHafazan dan MyQiraati serta menerima komisen atas setiap pendaftaran pelajar yang berjaya melalui rujukan mereka. Program ini bertujuan untuk: - Mengembangkan capaian pemasaran syarikat - Memberi ganjaran yang adil kepada affiliator - Menjamin kelestarian kewangan syarikat serta sokongan kepada elaun guru 2. KELAYAKAN MENJADI AFFILIATE 2.1 Program ini terbuka kepada: - Guru - Alumni - Ibu bapa - Individu luar yang diluluskan 2.2 Semua permohonan tertakluk kepada kelulusan pihak pengurusan HomeTahfiz. 2.3 HomeTahfiz berhak menolak mana-mana permohonan tanpa perlu memberikan sebarang sebab. 3. KAEDAH SISTEM REFERRAL 3.1 Setiap affiliator akan menerima: - Referral link unik - Kod rujukan khas 3.2 Tempoh sah penjejakan (tracking) referral adalah 30 hari daripada klik pertama. 3.3 Komisen hanya akan dikira sekiranya: - Pelajar mendaftar melalui link affiliate - Pelajar membuat bayaran penuh - Pelajar tidak membatalkan pendaftaran dalam tempoh 14 hari 4. STRUKTUR KOMISEN - Komisen adalah berdasarkan pakej yang dipilih oleh pelajar dan hanya akan dikira selepas bayaran pelajar berjaya diterima. - Komisen diberikan sekali sahaja bagi setiap pendaftaran pelajar yang berjaya melalui referral affiliator. - Komisen ini adalah bayaran sekali sahaja (one-time commission) dan bukan komisen berulang bagi bayaran seterusnya yang dibuat oleh pelajar tersebut. MYHAFAZAN - Basic: RM5 - Standard: RM15 - Premium: RM30 MYQIRAATI - Basic: RM3 - Standard: RM5 - Premium: RM12 5. BONUS PRESTASI (Contest affiliator) HomeTahfiz boleh menawarkan bonus tambahan berdasarkan pencapaian bulanan atau tahunan. Contoh: - 10 pelajar dalam sebulan -> Bonus RM100 - 20 pelajar dalam sebulan -> Bonus RM300 Bonus adalah tertakluk kepada keputusan pihak pengurusan dan boleh diubah dari semasa ke semasa. 6. PEMBAYARAN KOMISEN 6.1 Komisen akan dipaparkan dalam dashboard affiliate dengan status berikut: - Pending - menunggu pengesahan - Approved - diluluskan - Paid - telah dibayar 6.2 Pembayaran komisen dibuat: - Sebulan sekali - Minimum payout RM300 6.3 Kaedah pembayaran: - Pemindahan bank sahaja 7. LARANGAN & PENAMATAN Affiliator adalah dilarang untuk: - Menggunakan maklumat palsu - Membuat spam atau promosi berunsur fitnah - Menjejaskan reputasi HomeTahfiz - Menawarkan diskaun tambahan tanpa kebenaran Sekiranya melanggar peraturan: - Komisen boleh dibatalkan - Akaun affiliate boleh digantung atau ditamatkan - Bayaran tertunggak boleh dibekukan 8. PEMBATALAN KOMISEN Komisen akan dibatalkan sekiranya: - Pelajar membatalkan pendaftaran dalam tempoh 14 hari - Bayaran pelajar gagal atau dipulangkan - Berlaku unsur penipuan atau manipulasi sistem 9. PINDAAN POLISI HomeTahfiz berhak untuk: - Mengubah kadar komisen - Mengubah struktur bonus - Mengemaskini polisi Sebarang perubahan akan dimaklumkan melalui email atau notis dalam dashboard affiliate. 10. PENAFIAN Program affiliate ini bukan skim pelaburan atau jaminan pendapatan tetap. Pendapatan bergantung sepenuhnya kepada usaha affiliator dan jumlah pendaftaran pelajar yang berjaya. PENUTUP Dengan menyertai Program Affiliate HomeTahfiz, affiliator dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju dengan semua terma serta syarat yang dinyatakan dalam polisi ini.